Thursday 20 March 2014

CCTV Sangat Memerlukan Saat Ini !!!

Pukul Isteri Dalam Lif Hospital...



Demi 'mengajar' isteri, seorang lelaki telah bertindak memukul pasangannya dalam lif sebuah hospital, di hadapan anak-anak mereka. Apakah sebenarnya berlaku dan apakah kesan memukul isteri di hadapan anak-anak?



Keganasan rumahtangga sering berlaku di dalam rumah, terlindung daripada pandangan umum. Namun, jika si isteri dipukul suami di tempat umum, agak sukar untuk menerimanya sebagai ‘untuk mengajar’.
Isteri dipukul suami dalam lif
Menurut beberapa laporan berita, peristiwa ini berlaku pada 12 Ogos jam 4 petang, dalam sebuah lif di di Hospital KPJ Bandar Perda, Pulau Pinang. Menurut laporan lagi, mangsa telah dipukul suami – di tampar dan ditendang.
Pasangan yang telah berpisah sejak Disember tahun lepas dimaklumkan bertemu di hospital itu untuk melawat anak sulung mereka yang sakit. Mangsa memberitahu, suami meminta dia membawa anak-anak bersama, mungkin untuk melepaskan rindu.
Apabila anak kedua mereka enggan mengikut ayah mereka, mangsa dipukul suami di hadapan anak-anak mereka yang berusia empat dan lima tahun. Walau bagaimanapun, mangsa memaklumkan itu merupakan kali pertama dia dipukul suami.


                          Isteri ditendang oleh suami hingga terjatuh, kemudian ditendang lagi.

Menyerah diri
Terkini, lelaki yang dikenalpasti sebagai suami mangsa telah menyerah diri di Balai Polis Kuantan, Pahang dan telah hadir ke Mahkamah Majistret untuk bacaan kes.
Kesalahan ini disiasat dan akan dibicarakan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah yang membawa hukuman setahun penjara atau denda maksima RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Majistret Arif Mohammad Shariff menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dan 12 September sebagai tarikh sebutan kes.
Statistik kes keganasan rumah tangga
Tahun lepas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan statistik kes keganasan rumahtangga daripada tahun 2007 sehingga Februari, 2012. Sepanjang tempoh tersebut sebanyak 18, 124 kes telah dilaporkan, dengan 506 kes untuk dua bulan pertama tahun lalu.
Statistik yang sama juga menunjukkan mangsa golongan wanita yang dipukul suami berada dalam linkungan usia 26 hingga 35 tahun. Di antara mereka juga ada yang dilaporkan baru sahaja mendirikan rumah tangga.




No comments:

Post a Comment

Request For Quotation