Thursday 20 March 2014

Kelebihan CCTV Pada Zaman Sekarang



Pada era globalisasi kini, semakin banyak instituisi kerajaan mahupun persendirian yang mengambil langkah pemasangan kamera Closed Circuit Television (CCTV). Kamera CCTV ini mempunyai pelbagai kelebihan dari segi penggunaannya kepada institusi mahupun persendirian. Salah satu kelebihan utama kamera CCTV ialah dari segi keselamatan.


Antara Kelebihan Kamera CCTV ialah;

1. Sebagai faktor pencegahan iaitu mungkin penjenayah akan terbantut hasrat untuk melakukan jenayah apabila melihat sasaran memiliki kamera CCTV.
2. Sebagai alat pemantauan iaitu kamera CCTV berguna untuk memonitor keadaan dan kegiatan di dalam atau luar rumah / pejabat atau dimanapun kita berada.
3. Sebagai bahan penyelidikan; Kamera CCTV berguna untuk menunjang penyelidikan tindak kriminial yg telah terjadi.
4. Sebagai bahan atau barang bukti jika berlaku sesuatu jenayah. Video hasil dari kamera CCTV dapat dijadikan bahan bukti jika terdapat sesuatu jenayah berlaku.
5. Majikan (IbuBapa) dapat menjaga atau memantau pergerakan orang gaji dan juga anak-anak yang diamanah untuk dijaga kepada orang gaji. Dengan ini keselamatan anak lebih terjamin dan pekerja tidak berani membuat perkara yang tidak elok.
6. Sebagai alat pengawasan harta-benda. Kedai-kedai dapat memantau dan mengelakkan daripada kecurian barang-barang dari kedai. Secara tidak langsung dapat mencegah peratusan kehilangan barang.
7. Sebagai platform untuk meningkatkan prestasi atau kualiti pekerja. Majikan dapat memantau prestasi pekerja/ staff dengan ini dapat mencegah penipuan atau kes curi tulang dikalangan pekerja.




No comments:

Post a Comment

Request For Quotation